Monday, February 2, 2015

Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor

Actually dah out of idea nak bawak Adam pegi mana weekends.. asyik-asyik jalan shopping complex.. Pastu end up kene poww  LEGO.. LEGO skarang dahla mahal.. tak sah kalau tak RM80++

Tengah tengok TV tu Dude bagi suggestion.. kita pegi Kuala Selangor tengok kelip-kelip.. hmmm.. good idea jugak.. expose Adam to nature.. asyik indoors je..

Without any preparation or planning kitorang pon terjah je la ke Kampung Kuantan, Kuala Selangor.. misi : tengok kelip-kelip.. Nasib baik dulu penah kursus dekat area situ.. and dah penah pegi.. so ingat-ingat lupa la keadaan dia..

Satu masalah ialah nak makan.. malas nak makan seafood sebab macam takda mood ke arah situ.. so kitorang pusing-pusing area Kampung Kuantan tu adalah satu warung bukak.. makan situ je la.. order bende biasa je.. nasi putih.. ayam paprik.. Adam seperti biasa ayam goreng kunyit.. Rasa pon biasa je.. nothing special.. tapi okla for dinner..

Lepas maghrib dekat surau sebelah je kawasan kelip-kelip tu.. kitorang pon beratur la beli tiket.. satu sampan RM50 maksimum 4 orang.. Nak kata ramai tu tak ramai sangat.. tapi bila tour bas sampai jadi ramai laa.. ramai tourist dari Korea and middle east.. Tunggu tu tak lama sangat sebab sampan banyak..

Bila turn kitorang naik sampan, rezeki dapat pakcik ni yang super friendly.. dia banyak cerita.. katanya skarang ada lagi satu area dah bukak, tapi bukan sampan kayuhlah.. tapi pakai motor.. and boleh bawak lagi ramai orang dalam satu sampan tu.. kesian la jugak bila pakcik tu cerita.. memang impact besar kat pendayung-pendayung area tu sebab orang makin kurang datang.. Pakcik tu kata kelip-kelip pon dah kurang.. maybe sebab development area tu kot..

Tapi for me.. I prefer traditional way.. Adam pon nampak enjoy.. dia tak takut langsung.. gelap je laa.. mulut pokpek bila nampak lampu from kelip-kelip tu..

Apa-apa pon best experience and good exposure for Adam.. maybe orang lain pon boleh bawak family ke sana.. kita promote tempat menarik kat Malaysia.. boleh tambah lagi aktiviti yang boleh buat within KL area..



tiket
bulan menyorok
tak sabar nak naik sampan
us dengan life jacket





No comments: